Salam Pagi Jumaat

Hari ni ciklin nak mendobi. Setelah dua hari hujan tak berhenti..alhamdulillah hari ni panas.
So, kita start dengan mendobi dahulu..sebelum askar yang paling kecil bangun. Askar yang paling kecil tu baru berjalan..habis satu rumah di geledahnya dan tawaf 😅

Selepas mendobi, cik lin nak mengemas rumah untuk persediaan mak mertua datang. Masa raya hari tu, cik lin tutup pintu rumah. Tiada kunjungan saudara mara. Rumah cik lin dengan mak dekat aje. Mak sendiri di Cheras dan mak mertua di Selayang. Semua adik beradik di sini. Tapi ciklin ikut arahan kkm, tiada kunjung mengujungi. Dan setelah kerajaan kata boleh rentas negeri..barulah pintu rumah ciklin dibuka. Tapi opps...tetap serapkan sop tau 😊. Minggu lepas keluarga ciklin datang. Minggu ni keluarga mertua datang..bergilir2 😁

Dan selepas mendobi, mengemas dan memasak. Biasalah suri rumah..anak 4. Penat ...memang penat.

Ramai yang tanya ciklin ni ambil apa? Macam tenaganya tak habis 😅 , sebenarnya ciklin amalkan minuman birds nest dari annona. 

Memang best..pagi ni ciklin tak boleh terangkan terperinci. Nanti free ciklin terangkan apa lagi yang ciklin ambil untuk kekal bertenaga. 

Ok bye...jumpa lagi 

Selamat bersarapan 😊

Pst...inilah gambar birdsnest tu 😍

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st post